Sistem penyaman udara merupakan salah satu sistem yang penting dalam kenderaan ringan untuk mengekalkan suhu yang selesa, terutamanya kenderaan di Malaysia yang bercuaca panas sepanjang tahun.
Sistem penyaman udara mempunyai lima proses yang melibatkan beberapa komponen seperti kondenser, penyejat, pemampat dan lain-lain bagi tujuan jaminan kualiti suhu udara dalam kenderaan.
Selepas pembaikan komponen dilakukan, sistem penyaman udara perlu dipulih dan diperiksa dengan mesin pemulihan sebelum memulangkan kenderaan kepada pelanggan.
Menjelang akhir kursus ini, anda boleh mengenali fungsi dan lokasi komponen sistem penyaman udara dan cara melakukan pemeriksaan prestasi terhadap sistem penyaman udara
Course Outcomes
Memeriksa keadaan Sistem Penyaman Udara
Menukar bahagian dan komponen Sistem Penyaman Udara
Melakukan penilaian prestasi Sistem Penyaman Udara
Cistrec Sdn Bhd (e-LATiH Content Creation Competition Winner)